@smile can bring happiness@senyum juga 1 sedekah,x rugi pn klu senyum@awet muda tuk wajah n kelihatan chumel slalu@peace@

Tuesday, March 8, 2011

=))

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu..kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah bersama impian. Sungguh semua itu telah hadirkan kecewa yang menggelora dalam jiwa. 

Dan anda sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. 

Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. 

Dengarkan ini dari Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216) 


Thursday, March 3, 2011

:: kebahagiaan::

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup..

hard but not impossible and bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai kebahagiaan itu. Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah kehidupan dan alam percintaan..

Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada dirimu nnt.

“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita kepada Dia dan keluarga terutama nya ibu dan ayah serta diri kita sendiri “..

Tuesday, March 1, 2011

..............

andai hdup tidak dhadiri lelaki, tidak bmaksud diri xdiingini.

usah khuatir kerana cinta Allah itu pasti..Allah memelihara jiwa drpd dikecewakan dan didatangi pnyakit (riak & sebagainya).

wanita yg sentiasa menjadi dambaan lelaki adalah wnita yg longgar jagaannya oleh Allah.ataupun Allah sedang mnguji nya dgn pyakit hati. 

Dekatkn diri pada Illahi. pasti cinta kamu temui..usah berharap cinta insan yang kamu sendiri xpasti.

diamkan lelaki yg kau sukai..berdoa pada Illahi.

.InsyaAllah kamu pasti dicari.. jagalah hubungan dgn Allah,pasti Allah akn menjagamu!